PAS Gagal Penuhi Syarat, Umno Isytihar Lawan! – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno menganggap PAS gagal memenuhi tiga syarat yang ditetapkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan secara automatiknya kerjasama sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara dua parti itu tidak akan terjadi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Umno tidak mengubah syarat yang telah ditetapkan kepada PAS jadi apabila PAS tidak terima syarat ity maka ia gugur dengan sendirinya.

“Kita tak ubah syarat kita iaitu tiga perkara yang Presiden Umno sebut.

“Bila PAS tak terima tu, jadi dengan sendirinya gugur, itu saja,” kata Khaled ketika ditemui media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sebelum ini Zahid telah mengemukakan tiga syarat kepada PAS yakni PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Sementara itu kata Khaled lagi, memandangkan PAS gagal penuhi syarat maka pertembungan 27 kerusi tetap diteruskan.

“Kalau tak ada, memang maknanya akan ada pertandingan,” tegas Khaled.

Pada 8 Oktober lalu, PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan komitmen ketiga-tiga parti teras Melayu bagi menghadapi PRU15 dan akan meneruskan rundingan dengan Umno dan Bersatu.

Dalam perkembangan sama, sumber dalaman Umno memberitahu kemungkinan Umno akan buka pintu rundingan selepas PRU15 dan menjangkakan pembentukan kerajaan campuran lagi membabitkan PAS dan PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat