Sultan perkenan Selangor tak bubar DUN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak dibubarkan seperti mana sembah maklum Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Amiruddin, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

“Pagi ini saya telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dalam sesi menghadap berjadual.

“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.

“ Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah membuat ketetapan tiga negeri di bawah pentadbiran gabungan itu yakni Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi memberi laluan kepada pemimpin di negeri itu untuk fokus kepada kebajikan rakyat yang kini menghadapi banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat