PN cuba selamatkan negara terjerumus lembah kerosakan lebih dalam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan raya ini merupakan usaha Perikatan Nasional (PN) untuk menyelamatkan negara daripada terus terjerumus ke lembah kerosakan yang lebih dalam.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian kerana situasi mutakhir negara tidak seperti waktu dahulu dengan politik yang tidak stabil, ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta imej negara pada mata dunia yang semakin merosot.

“Percayalah ini semua akan dapat kita capai jika kita terus istiqamah dengan semangat kerjasama dan perpaduan erat serta bekerja bersungguh-sungguh sesama kita dan menggerakkan jentera pilihan raya dengan rasa penuh tanggungjawab.

“Sepertimana sebelum ini, saya tegaskan sekali lagi tentang keperluan rakyat memastikan PN menang dalam pilihan raya bagi menentukan masa depan rakyat dan negara yang lebih baik, cemerlang dan gemilang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau juga mengakui mood pilihan raya sudah bermula buat PN dan berdoa agar perjalanan PRU15 ini tidak terganggu dengan kejadian banjir yang sudah mula berlaku sekarang ini atau situasi buruk yang menyebabkan rakyat tidak boleh melaksanakan tanggungjawab memilih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat