SPR Umum Tarikh-Tarikh Penting PRU15, 20 Oktober Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 20 Oktober ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan satu satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 dan Pilihan Raya Kecil DUN N.66 Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Oktober 2022 bersamaan hari Khamis pada pukul 10.00 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya.

“Ia seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat