Pemimpin Amanah Dakwa Agihan Kerusi PH Tidak Tepati Semangat Perbincangan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan (WP) hari ini mendakwa agihan kerusi Parlimen di antara parti itu dengan komponen Pakatan Harapan (PH) seperti PKR dan DAP tidak menepati semangat dan asas pembahagian kerusi yang telah dibincangkan bersama di peringkat parlimen tersebut.

Menerusi satu kenyataan bersama pucuk pimpinan Amanah WP hari ini yang disiarkan MalaysiaGazette, mereka berkata, pihaknya telah memohon untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya dan Bandar Tun Razak atas beberapa faktor.

Menurut Amanah WP, permohonan tersebut telah dipersetujui oleh Pengerusi Pakatan Harapan WP.

“Dari maklumat yang kami perolehi setakat ini, agihan kerusi untuk Wilayah Persekutuan tidak menepati semangat dan asas pembahagian kerusi yang telah kami bincangkan bersama di peringkat Wilayah Persekutuan.

“Justeru, kami berharap agar jawatan kuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan dapat mempertimbangkan hujah-hujah kami di Wilayah Persekutuan sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan sepenuhnya,” kata kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani 15 orang pemimpin Amanah WP yang terdiri daripada:

Dr. Niekmah Adam
Ketua AWAN Wilayah Persekutuan

Asmaaliff Abdul Adam
Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan

Prof. Abdul Rashid Abdul Rahman
Ketua Kawasan Putrajaya

Ir. Hayatul Kamil Termudi
Ketua Kawasan Bandar Tun Razak

Dr. Zaharudin Othman
Ketua Kawasan Titiwangsa

Mohd Yusof Ahmad
Ketua Kawasan Setiawangsa

Ahmad Asri Talib
Ketua Kawasan Bukit Bintang

Azahari Abdul Kadir
Ketua Kawasan Seputeh

M Suhaimi A Rahaman
Ketua Kawasan Batu

Mohd Azhar Che Mat Dali
Ketua Kawasan Cheras

Mohd Hishamuddin A Hamid
Ketua Kawasan Lembah Pantai

Irwan Sabei
Ketua Kawasan Segambut

Dato’ Sabtu Awam@Awap
Ketua Kawasan Wangsa Maju

Datuk Dr. Hj Ramli Tahir
Ketua Kawasan Labuan

Dato’ Mohd Noor Ali Akbar
Ketua Kawasan Kepong

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat