PAS Terengganu Tunggu Arahan Sama Ada Bubar DUN atau Tidak

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – PAS negeri menunggu arahan terbaharu daripada PAS Pusat mengenai keputusan sama ada kekal dengan keputusan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang.

Bagaimanapun, menurutnya, setakat ini, PAS Terengganu tidak akan membubarkan DUN walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini untuk memberi peluang diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) .

Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak dimaklumkan lagi sama ada PAS negeri masih kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN selepas Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen petang ini.

“Keputusan tersebut akan diketahui selepas PAS negeri mengadakan mesyuarat mungkin pada hari ini atau esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Hari ini, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Husain memberitahu, PAS juga akan membuat keputusan tarikh untuk mengadap Sultan Terengganu. Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan keputusan kerajaan negeri berhubung pembubaran Parlimen pada Rabu ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat