UMNO calonkan Ramli sebagai Timbalan Speaker, catat sejarah Orang Asli pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO hari ini menamakan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Pencalonan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kata beliau bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju menamakan Ramli sebagai calon Timbalan Speaker.

“Perdana Menteri dan Presiden UMNO keduanya telah bersetuju agar Ramli Mohd Noor Ahli Parlimen Cameron Highlands dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalon untuk jawatan itu,” ciap Ahmad pada Isnin.

Jelas beliau, hari ini merupakan hari akhir untuk cadangan nama, sebelum sidang Parlimen 25 Oktober ini.

Sebelum ini, Ahmad menarik diri daripada pencalonan jawatan tersebut dengan alasan ingin fokus kepada kerja-kerjanya sebagai Setiausaha Agung UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat