Bertanding Solo, Cakap Memang Senang – Shahidan Kassim

- Advertisement -

ARAU: UMNO perlu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan kemenangan cemerlang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rundingan tersebut bukan sahaja membabitkan PRN Melaka sebaliknya kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, kata Menteri Wilayah Persekutuan itu, jika UMNO masih menutup pintu rundingan maka terpulanglah.

“Saya nak cadangkan supaya UMNO mesti berunding dengan semua parti ini (PN). Bercakap bergerak solo itu memang mudah, tapi yang penting bagaimana membentuk kesatuan dan penyatuan. Bila kita bersatu akan menggentarkan pihak musuh.

“Dalam kerajaan sekarang kita bersama-sama dan rundi­ngan mesti diteruskan supaya kita dapat menang cemerlang dalam PRN Melaka dan PRU-15,” kata Shahidan merangkap Ketua UMNO Bahagian Arau.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, Barisan Nasional (BN) negeri Melaka diminta menyatakan pendirian sama ada bersedia untuk bertanding secara solo ataupun mahu berunding dengan PN dalam menghadapi PRN Melaka.

Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, keputusan akhir akan diputuskan oleh ibu pejabat parti dengan mengambil kira pandangan dan kemampuan BN dan UMNO Melaka.

Pada Selasa lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan ke atas kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Keputusan itu menyaksikan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bagi memberikan peluang kepada rakyat Melaka untuk memilih mandat kerajaan yang baharu.

Mengulas lanjut, Shahidan ber­kata, UMNO Bahagian Arau kekal dengan berpendirian mesti beker­jasama dengan parti-parti lain dalam menghadapi pilihan raya.

“Kita hendak menang pilihan raya dan kami ada pendekatan kami (Bahagian Arau) untuk bekerjasama. Kita berunding bagi membentuk penyatuan ummah dan itu lebih penting selain merealisasi pertembungan satu lawan satu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, parti itu perlu berpakat dan bermusyawarah dengan parti-parti Mela­yu lain jika ingin berjaya dalam PRN Melaka.

Katanya, jika parti-parti Melayu berpecah, adalah sukar untuk mereka memiliki kuasa di negara ini dan agama Islam juga menuntut umatnya untuk sentiasa berpakat, bekerjasama serta bermusyawarah.

“Bagi saya, mestilah saya pi­lih untuk berpakat kerana dalam agama juga dituntut untuk kita bekerjasama. Kita nak berpakat dengan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti-parti lain sepakat supaya dapat membantu kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Komuniti(@FINAS (KOFI) dan Penyerahan Surat Tawaran Dana Mikro Prisma di Hotel Putra Regency di sini, semalam.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat