Keputusan Rentas Negeri Bagi Negeri Sabah Diketahui Rabu Ini – Masidi Manjun

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan sama ada kerajaan Sabah membenarkan pergerakan rentas negeri selari dengan keputusan peringkat persekutuan atau sebaliknya hanya akan diketahui selepas mesyuarat kabinet negeri pada Rabu ini.

Memetik laporan BH, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri Sabah akan mengemukakan cadangan berkaitan perkara itu untuk dibincang dalam mesyuarat tersebut.

Menurut beliau lagi, cadangan itu akan mengambil kira situasi semasa termasuk mengenai pencapaian program imunisasi Covid-19 baru mencapai 65 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin berbanding 90 peratus di peringkat nasional.

“Kita mengambil kira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang sudah memperoleh vaksin lengkap belum sampai kepada 90 peratus iaitu hanya sekitar 65 peratus pada hari ini.

“Ia adalah prasyarat yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan untuk membolehkan rentas negeri tanpa perlu permit polis dibenarkan,” katanya.

Beliau menjelaskan ketika ini Sabah masih berada dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut zon dan kawalan rentas daerah bagi daerah yang tidak dimasukkan dalam sistem kawalan pergerakan mengikut zon.

Sistem itu dilaksanakan mulai 1 Oktober lalu yang menyaksikan 18 daerah beralih ke pergerakan mengikut zon yang dibahagikan kepada lima zon berbeza, manakala sembilan daerah lagi kekal dikenakan sekatan rentas daerah berikutan belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin.

Penduduk dalam setiap zon bebas merentas antara daerah dalam zon yang sama, manakala pergerakan keluar zon atau ke daerah yang masih dikenakan sekatan rentas daerah memerlukan permit polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat