Penduduk Bera Gembira Hospital Bakal Siap Tahun Ini

- Advertisement -

BERA: Hospital Bera bernilai RM130 juta bakal menjadi mercu tanda daerah ini sekali gus menamatkan penantian enam tahun penduduk di situ mendapatkan perkhidmatan kesihatan setanding kawasan lain.

Hospital Bera yang menyediakan 40 buah katil bakal menjanjikan perkhidmatan ke­sihatan berkualiti kepada kira-kira 150,000 penduduk pelbagai kaum dari kampung tradisi, tanah rancangan Felda, kampung baru dan perkampungan Orang Asli.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Bera, Rosli Abu Kassim, 44, berkata, jaminan siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini oleh kontraktor terlibat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melegakan penduduk di daerah itu.

“Pembukaan Hospital Bera juga memberikan signifikan tersendiri kerana ia bakal bero­perasi ketika Ahli Parlimen Bera menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri berkata, projek pembinaan Hospital Bera yang tertangguh akibat kegagalan kontraktor terdahulu bermula Oktober 2010 dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Ismail Sabri berkata, sehingga kini, perkembangan pembinaan hospital itu telah 98 peratus siap oleh kontraktor ketiga yang dilantik pada 5 Januari lalu.

Penduduk Taman Permai Triang 3, Hatsah Karim, 55, berkata, siapnya Hospital Bera, ia secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmen untuk pembinaan Hospital Bera,” katanya.

Bagi Tok Batin Kampung Limbahan, Tasik Bera Mohamad Nohin, 70, pula, dia teruja apabila Hospital Bera bakal beroperasi tidak lama lagi bagi menampung keperluan kesihatan penduduk termasuk masyarakat Orang Asli di daerah berkenaan.

“Hospital Bera lebih dekat dengan kediaman penduduOrang Asli di Tasik Bera untuk mendapat rawatan berban­ding Hospital Temerloh yang jaraknya lebih 150 kilometer,” katanya.

Penduduk dari Kampung Lu­buk Lian, Razlina Mahdin, 38, pula bangga kerana Bera bakal memiliki hospital sendiri.

“Selepas ini, warga emas tidak perlu dihantar ke Hoshas atau Hospital Kuala Pilah di Negeri Sembilan,” katanya.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat