Korea Utara ‘Tayang’ Peluru Berpandu Terbesar Dunia

- Advertisement -

HONGKONG: Korea Utara mendedahkan apa yang dipercayai penganalisis sebagai salah satu peluru berpandu balistik terbesar di dunia dalam perarakan tentera bagi meraikan ulang tahun ke-75 Parti Pekerja yang disiarkan di televisyen yang dikendalikan oleh kerajaan semalam.

Senjata besar itu dibawa oleh sebuah trak 11 gandar pada kemuncak upacara dan perbarisan tentera hampir dua jam di ibu negara, Pyongyang.

Penganalisis tidak mengetahui sama ada peluru berpandu baru itu telah diuji atau tidak, tetapi dengan senjata yang lebih besar seperti itu memungkinkan Korea Utara meletakkan banyak kepala peledak padanya, seterusnya meningkatkan ancaman kepada musuh yang disasarkan.

“Yang jelas, peluru berpandu berbahan bakar cecair seperti itu boleh dilancarkan dari mana sahaja”, kata seorang penganalisis dari Carnegie Endowment for International Peace.

Peluru berpandu dengan bahan api pepejal menawarkan kelebihan berbanding dengan peluru berpandu cecair kerana mereka dapat bergerak tanpa trak bahan bakar mengiring pergerakannya.

Ini bermakna ia dapat dilancarkan dengan lebih cepat dan disembunyikan dengan lebih mudah dari satelit perisik.

Tetapi peluru berpandu baru itu mendapat tumpuan luar biasa media setelah perarakan itu disiarkan pada Sabtu petang dengan media rasmi negara itu, KCNA memberikan kata pujian berapi-api penuh semangat atas kemunculannya.

Mendahului peluru berpandu baru dalam perarakan itu adalah rangkaian persenjataan ketenteraan Korea Utara, yang merangkumi peluru berpandu balistik kapal selam baru dan persenjataan konvensional baru dari kereta kebal hingga perisai badan, menurut para penganalisis.

Bercakap sebelum perarakan kereta kebal dan peluru berpandu itu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memuji tentera negaranya dan mengatakan bahawa ia bersiap sedia untuk membela rakyat.

“Kami akan terus memperkuat pencegahan perang sebagai alat mempertahankan diri,” kata Kim – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat