Johor kaji beri air percuma, kurang kos sara hidup rakyat

- Advertisement -

ULU TIRAM – Kerajaan Johor akan berbincang dengan Ranhill SAJ bagi mengkaji secara holistik modul pemberian air percuma bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menteri Besar, Datuk IR. Hasni Mohamad berkata, pemberian air percuma adalah inisiatif yang sedang dalam pertimbangan kerajaan negeri.

“Kita perlu kajian mendalam sama ada program tersebut dapat mengurangkan kos sara hidup, selain melestarikan matlamat pengunaan air secara berhemah.

“Di samping tidak menjejaskan sumber dan bekalan air yang semakin mencabar di Johor.

“Insyaallah dalam tempoh terdekat ini saya akan mengajak pihak pengurusan Ranhil SAJ untuk melihat secara holistik cara bagaimana untuk bergerak ke depan dalam usaha mengurus dan mentadbir sumber air di Johor ini,” katanya pada Sambutan Hari Pemantauan Air Sedunia 2020 peringkat di Negeri Johor di Empangan Upper Layang, Pasir Gudang, hari ini.

Hasni menambah, kecekapan pengurusan air yang mapan adalah mustahak untuk Johor menarik lebih ramai penduduk pada masa depan bersandarkan kemakmuran ekonomi negeri.

“Dengan pelaksanaan inisiaif ini akan membuka 1,001 peluang pekerjaan dan peluang ekonomi. Bukan saja tenaga kerja tempatan malah rantau Asia Tenggara,” jelasnya.

Beliau juga memuji Ranhill SAJ dan kerajaan Johor kerana menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang menyambut Hari Pemantauan Air Sedunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat