Keputusan Lembaga Pengampunan bukan melalui undi majoriti ahli, ia kuasa YDPA

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu memahami bahawa keputusan pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu keputusan yang dibuat dengan proses pengundian atau undi majoriti oleh anggota Lembaga Pengampunan, demikian kata Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Melalui laman Facebook beliau, katanya Lembaga Pengampunan adalah satu institusi yang diwujudkan Perlembagaan dan mempunyai fungsi untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam keputusan memberikan pengampunan.

“Kuasa memberikan ampun, menangguhkan hukuman atau meringankan hukuman pula adalah kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata sebarang perbahasan mengenai proses pengampunan perlu diletakkan dalam kerangka Perlembagaan, bukan kerangka demokrasi pengundian biasa.

“Lembaga Pengampunan bukan sebuah “jawatankuasa pengundian” yang keputusannya ditentukan oleh majoriti ahli, sebaliknya ia sebahagian daripada mekanisme perlembagaan yang menyalurkan nasihat kepada YDPA (Agong),” katanya.

Melalui liputan media, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang bersidang hari ini dikatakan akan membincangkan agenda berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sebelum ini turut mengesahkan Lembaga Pengampunan dijadualkan bersidang hari ini, namun enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat tersebut.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat