Mohammed bin Salman Anggap Serangan Israel Satu Jenayah Antarabangsa

RIYADH, – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS), menganggap serangan udara Israel ke atas Doha, Qatar, sebagai jenayah kejam yang mencabar dunia Arab dan mengancam kestabilan serantau.

Dalam ucapan tahunan kepada Majlis Shoura, MBS menegaskan bahawa Arab Saudi akan berdiri tanpa batas bersama Qatar, sambil mengecam cubaan rejim Zionis membunuh pemimpin Hamas melalui serangan udara.

“Ini adalah jenayah perang yang nyata. Dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa mesti segera bersatu menentang agresi Israel,” tegasnya.

MBS turut mengulangi kecaman keras terhadap serangan berterusan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kelaparan, pengusiran paksa, dan kematian beribu-ribu rakyat Palestin.

“Tanah Gaza adalah milik Palestin. Hak rakyatnya adalah hak mutlak yang tidak boleh dirampas oleh peluru, bom atau ugutan. Kedudukan kami jelas — mempertahankan Palestin dan mencegah sebarang pencabulan terhadap hak itu,” katanya lagi.

Arab Saudi sebelum ini telah menggerakkan pelbagai inisiatif antarabangsa, termasuk Persidangan Damai Palestin di New York pada Julai lalu, yang semakin mengukuhkan momentum global ke arah pengiktirafan negara Palestin berdaulat melalui penyelesaian dua negara.

Selasa lalu, Israel melancarkan serangan udara ke atas Doha, ibu negara Qatar, yang disasarkan kepada kepimpinan Hamas. Tindakan berani rejim Zionis itu segera mencetuskan kecaman keras daripada Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kesatuan Eropah, selain menggugat rundingan gencatan senjata Gaza yang sedang berlangsung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat