Tular tarikh pembubaran DUN Sabah 19 September, SPR maklumkan ia palsu

KUALA LUMPUR, – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan mesej yang tersebar mengenai tarikh -tarikh penting Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah ke-17 adalah palsu.

Dalam kenyataan media petang ini, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril bin Idrus menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang pengumuman berhubung pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh PRN.

“Segala maklumat rasmi hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi SPR iaitu portal rasmi, sidang media atau kenyataan media. Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Walaupun tidak menyatakan tarikh yang dikatakan palsu, namun mesej yang tular sejak beberapa hari lalu mendakwa DUN Sabah akan dibubarkan pada 17 September 2025. Mesej yang tular melalui WhatsApp, Telegram dan laman sosial lain mendakwa PRN Sabah akan berlangsung seperti berikut:

Pembubaran DUN Sabah: 19 September 2025
Pengumuman Tarikh Penting oleh SPR: 28 September 2025 Hari Penamaan Calon: 21 Oktober 2025 Undian Awal: 31 Oktober 2025
Hari Undi: 4 November 2025 Keputusan Diumumkan: Malam 4 November 2025

SPR turut memberi peringatan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.

“Penyebaran maklumat palsu mengenai pilihan raya merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab. Ia boleh mengganggu ketenteraman awam dan mewujudkan suasana tidak menentu dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.

SPR menyeru rakyat Malaysia, khususnya pengundi di Sabah, agar berhati-hati dengan sebarang mesej atau poster tidak berautoriti dan hanya menyemak menyemak maklumat sahih melalui laman web rasmi SPR (www.spr.gov.my), akaun media sosial rasmi SPR atau kenyataan media rasmi.

Menurut SPR, setakat ini, tarikh rasmi pembubaran DUN Sabah mahupun PRN ke-17 masih belum ditentukan.

Namun sebahagian orang percaya mesej yang tersebar merupakan sebahagian deraf SPR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat