Ketua Polis Dang Wangi cedera diserang sewaktu operasi potong elektrik

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kejadian berlaku ketika situasi kecoh susulan rempuhan penduduk yang mendesak untuk masuk ke kawasan operasi.

BH melaporkan, berdasarkan pemerhatian, Suzilme dilihat mengalami luka berdarah pada bahagian muka.

Terdahulu, operasi pemotongan bekalan kecoh seketika apabila penduduk mula mendesak pihak berkuasa membenarkan mereka masuk ke kawasan perumahan berkenaan.

Operasi berkenaan dilaporkan akan diketuai oleh bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Tindakan itu diambil susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan.

Tinjauan awal akhbar itu mendapati, beberapa penduduk sudah mula berkumpul sejak malam tadi sebagai tanda solidariti terhadap jiran mereka yang terbabit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat