Mona Din pertikai keterangan pakar patologi kes Zara Qairina, AGC serah notis tunjuk sebab

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa kenyataan aktivis masyarakat, Mona Din menganggu perjalanan prosiding Inkues Zara Qairina Mahathir.

“Daripada penelitian jabatan ini didapati hantaran yang telah dimuat naik oleh Che Muna Din (Mona Din) yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah berpotensi untuk mempengaruhi pandangan wam serta menganggu perjalanan prosiding inkues yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Setelah diteliti AGC telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada penama pada 10 Septeber lalu selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah mahkamah 2012 berikutan satu hantaran di laman media Facebook dengan nama akaun ‘Mona Din’ pada 4 September lalu berkaitan prosiding inkues Zara Qairina.

AGC juga memaklumkan pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan dengan kes yang sama dan berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta menganggu prosiding inkues akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Pihaknya juga memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat