Shabudin Yahaya dilantik Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen tasek Gelugor Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu menggantikan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang telah meninggal dunia pada Ogos lalu.

Menurut kenyataan AIM hari ini, Shahbudin,56, merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang sejak tahun 2013 berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan pengurusan tertinggi sebagai  hakim mahkamah syariah dan Pengerusi Felcra Berhad.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu juga pernah menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang).

AIM percaya  kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki Shahbudin akan membantu AIM dan 356,024 Sahabat AIM kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang terutama dalam meningkatkan lagi peranan dan fungsi AIM bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan yang berpendapatan rendah.-Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat