Baru 90 Minit Dilancarkan, Muzik Video Solo Lisa Blackpink Raih Lebih 10 Juta Tontonan

- Advertisement -

Selepas berminggu-minggu ‘seksa’ peminat dengan teaser, akhirnya muzik video ‘LALISA’ telah dilancarkan secara rasmi pada jam 12 tengahari tadi.

Lagu LALISA tersebut adalah lagu solo daripada Lisa yang merupakan ahli Blackpink. Lisa kini telah mengikut jejak Jennie dan Rose Blackpink untuk melebarkan sayap kerjayanya dengan menjejaki dunia solo.

Untuk pengetahuan anda, dalam masa 90 minit sahaja muzik video LALISA telah meraih 10 juta tontonan selepas dilancarkan secara rasmi. Dapat dilihat, lagu solo yang ditampilkan oleh Lisa ini kelihatan lebih ‘berani’ dan menonjolkan kekuatannya sebagai seorang penyanyi.

Ketika artikel ini ditulis, muzik video tersebut telah meraih lebih 19 juta tontonan dan pastinya akan meningkat lagi selepas ini. Menjengah ke ruangan komen, ramai memberikan pujian kepada Lisa dan ada juga yang memberikan kritikan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat