Amerika Syarikat: Band terkemuka, Limp Bizkit membatalkan konsert siri jelajah Limited Last Minute Post Pandemic Popup Party yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini akibat Covid-19.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada majalah Rolling Stone, Limp Bizkit menitikberatkan faktor keselamatan dan akan wang pembelian tiket juga akan dikembalikan.
“Kerana faktor keselamatan kepada band, kru dan semua peminat, acara persembahan Limp Bizkit pada bulan ini dibatalkan.
“Wang untuk pembelian tiket akan dikembalikan dan setiap pembelian secara dalam talian akan dikembalikan secara automatik,” katanya.
Sebelum ini, Limp Bizkit dijadualkan bakal mengadakan lapan konsert siri jelajah mereka selepas kejayaan konsert di festival muzik Lollapalooza yang dihadiri ramai peminat.
Terdahulu, vokalis utamanya, Fred Durst menerusi Instagramnya menafikan khabar angin yang mengatakan gitaris band itu, Wes Borland dijangkiti Covid-19.
“Saya ingin jelaskan. Pertama, Wes Borland tidak dijangkiti Covid-19. Kedua, sistem yang ada memang tak boleh pakai.
“Ketiga, kami tak kisah mengenai perkara lain selain (keselamatan) anda semua (peminat). Sikap seorang ayah mula kelihatan,” tulisnya.
Agensi