Selepas 102 Hari Bebas, New Zealand Mencatat 4 Kes Baru Covid-19

- Advertisement -

BANDAR Auckland, New Zealand, kembali diletakkan pada tahap 3 perintah sekatan, berikutan penemuan 4 kes baru jangkitan tempatan Covid-19.

Ini setelah New Zealand bersih dari kes baru Covid-19 selama 102 hari, walaupun 23 orang masih menjalani pengasingan wajib.

Kes indeks melibatkan lelaki dalam lingkungan usia 50 an yang telah menjangkiti 3 ahli keluarganya yang lain.

Manakala 3 yang lain dari keluarga yang sama, didapati negatif virus berkenaan.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri negara berkenaan, Jacinda Adam’s.

Sumber jangkitan kes indeks, masih dalam siasatan pihak berkuasa negara tersebut.

Pengumuman ini bagaimanapun menimbulkan sedikit keresahan dikalangan rakyat negara itu yang berasa yakin bahawa “yang terburuk telahpun berlalu”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat