Teori Peminat Manchester United Tentang Rambut Baru Pogba

- Advertisement -

PEMINAT Manchester United berpendapat Paul Pogba akan menandatangani kontrak baru di kelab itu setelah dia menunjukkan potongan rambut yang tidak begitu baru.

Hari Ahad menandakan sudah empat tahun sejak United membayar £89 juta kepada Juventus untuk membawa pemain Perancis itu kembali ke Old Trafford menjadikannya pemain termahal dalam bola sepak dunia pada ketika itu.

Pogba telah menjulang dua trofi sejak itu, Piala EFL dan Liga Europa pada tahun 2017 tetapi kalangan penyokong berpendapat, beliau belum mencapai puncak kejayaan sama ketika bersama Juventus dengan Manchester United.

Namun, bersama Bruno Fernandes di barisan tengah United yang berwajah baru di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, peminat yakin bahawa pasukan sekarang pasti akan berjaya.

Bagi tempoh jangka panjang, masa depan Pogba di kelab itu masih belum jelas dengan hanya tinggal satu tahun dalam perjanjiannya sekarang, walaupun United mempunyai pilihan untuk memperpanjangnya untuk tempoh yang lebih lama.

Pemenang Piala Dunia itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan United musim panas lalu tetapi perpindahan tersebut gagal dilaksanakan. MEN Sport difahamkan kelab itu tidak begitu runsing tentang masa depannya di kelab berkenaan – Manchester Evening News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat