Donald Trump Diiring Keluar Ditengah-Tengah Sidang Media

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Donald Trump sedang memberikan sidang media hariannya apabila anggota perkhidmatan rahsia terpaksa mengiringinya keluar.

Tidak berapa lama selepas itu Trumph muncul semula dan memaklumkan bahawa terdapat tembakan diluar Rumah Putih dan pelakunya telah pun ditangkap serta dikejarkan ke hospital.

“Sangat menyedihkan bahawa dunia ini selalu menjadi tempat yang berbahaya. Ini bukan sesuatu yang unik,” tambahnya.

Presiden setelah dibawa keluar dari bilik taklimat dan masuk ke Pejabat Oval selama kira-kira sembilan minit.

“Kami tidak tahu jika suspek ada menyebut nama”, katanya. “Kejadian itu mungkin tidak ada hubungannya dengan saya.” Trump mengatakan bahawa beliau memikirkan untuk kembali meneruskan taklimatnya kepada wartawan

Seorang pegawai kanan memberitahu Koresponden Rumah Putih ABC News Jonathan Karl, kejadian tembak itu berlaku di 17th Street dan Pennsylvania Avenue. Suspek melepaskan tembakan ke arah sesorang yang bukan terdiri dari kakitangan Rumah Putih dan pegawai Perkhidmatan Rahsia Beruniform membalas tembakan tersebut, menurut pegawai itu

Menurut sumber lain yang mengetahui masalah itu, Perkhidmatan Rahsia meminta ambulans pada jam 5:55 petang ET dan tiba tidak lama kemudian. Suspek, lelaki dewasa, dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dengan satu tembakan di bahagian atas badan, kata sumber itu – ABC

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat