Tamrin Telanjangkan Abah?

- Advertisement -

 

Oleh : Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Tulisan Tamrin bertarikh 8 Ogos 2020, memang kasar. Dia tuduh Muhyiddin kaki U-Turn, pendendam, tikam belakang dan memiliki split personality.

Di penghujung ayatnya, Tamrin memberi nasihat kepada Muhyiddin supaya “balik ke pangkal jalan”.

Sebenarnya tidak ada perkara baru mengenai Muhyiddin yang ditelanjangkan oleh Tamrin

Semua fakta Tamrin itu bukan rahsia. Orang sudah maklum. Apa yang dihairankan sangat kalau Muhyiddin kaki U-Turn.

Tun M lagi banyak buat U-Turn. Pagi letak jawatan PM, petang tarik balik perletakan jawatan tersebut. Menyusahkan rakyat.

Tamrin tuduh Muhyiddin ada dua wajah berbeza. Alim dan pembohong. Padanya, Muhyiddin adalah ular dua kepala.

Mahathir bukan ular? Sehebat Anwar sebagai tokoh gerakan Islam, akhirnya dalam penjara kena tipu, keluar penjara pun kena tipu.

Mustahil Tamrin lupa, ayahnya Tun Ghaffar juga mangsa wayang Tun M.

Di depan dia sokong Tun Ghaffar. Di belakang dia merancang supaya Anwar menang percuma jawatan Timbalan Presiden UMNO

Tamrin jangan terkejut kalau Tun M dan Muhyiddin balik bergabung dalam BERSATU. Itu namanya “balik ke pangkal jalan”.

Matlamat Tun bukan menentang kleptokrasi tapi untuk pastikan Mukriz jadi Perdana Menteri.

Apakah Tamrin mahu, dua generasi Tun Ghaffar kena wayang dengan Mahathir? Tamrin juga tertipu.

Nota: Penulis adalah merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat