Johari Ghani jalankan tugas, fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kuat kuasa serta-merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani diberi tanggungjawab menjalankan tugas serta fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.

“Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang peada 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Ia menyusuli kira-kira tiga jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Keputusan diambil kedua-dua pemimpin PKR itu berikutan kekalahan mereka mempertahan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat