River of Life dah siap 81 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) berjaya disiapkan 81 peratus berdasarkan status terkini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, walaupun belum mencapai tahap 100 peratus, Sungai Klang dan Sungai Gombak iaitu dua sungai utama yang melalui proses transformasi melalui projek berkenaan sudah berjaya mencapai status sebagai ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi tinggi.

“Ini sebagaimana yang diidamkan ketika projek ini diilhamkan dahulu.

“Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai pengiktirafan yang diterima,” katanya ketika menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 pada Rabu.

Sebelum ini, LKAN mendedahkan projek pemuliharaan sungai dalam kawasan bandar yang paling kompleks dengan kos tertinggi pernah dilaksanakan di Malaysia iaitu RM4.363 bilion itu, dijangka tidak berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan tahun ini walaupun RM3.915 bilion telah dibelanjakan.

Menurut laporan itu, hingga Julai tahun lalu lapan projek di bawah RoL masih dalam pelaksanaan dengan kemajuan di tapak antara 21 hingga 97.3 peratus, manakala kontraktor penyiap bagi dua projek yang ditamatkan kontrak sebelum ini belum dilantik sementara 12 projek lagi masih belum dimulakan.

Analisis audit turut mendapati hanya 79.4 peratus kerja-kerja pengindahan sungai telah disiapkan dan hanya 50 (16.9 peratus) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat