“Kalau Anwar Tak Bagi Buat KXP, Saya Tukar Dia” – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berikrar akan berjuang sehabis daya merealisasikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), di Kulim, Kedah.

Bahkan kata Sanusi, beliau akan menukar Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menjadi Perdana Menterinya sekiranya projek KXP itu tidak dibenarkan pembinaannya.

“Kalau Anwar Ibrahim tak bagi (bina KXP), saya tukar Anwar Ibrahim.

“Perdana menteri boleh tukar dak? Dia baru mai ja sebelum ni bukan dia. Perdana Menteri boleh tukar, saya (MB) pun boleh tukar, kalau dia tak suka KXP dia tukar la saya bagi saya kalah pilihan raya, sama dia pun saya bagi dia kalah pilihan raya dia hilanglah.

“Jadi saya yakin alasan-alasan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri untuk tidak menyokong KXP ini adalah alasan politik semata-mata kerana mereka tak baca kertas cadangan daripada lima konsultan,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan khas dalam podcast Keluar Sekejap pada malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) juga menegaskan perjuangannya untuk pembinaan KXP bukan kerana inginkan kredit.

“Saya bukan nak kredit pun, saya nak projek tu ada di Kedah.

“Anwar boleh ambil semua kredit atas pembinaan KXP, misalnya KXP dirasmikan oleh Anwar, bangunan-bangunan nak letak nama tokoh PKR pun silakan,” bidas beliau.

Sanusi malah menyatakan beliau tidak rugi apa-apa jika KXP gagal dibangunkan kerana ia adalah projek Kerajaan Persekutuan.

“Projek itu bukan saya punya kalau saya tinggal, saya tak rugi apa… ini Kerajaan Persekutuan punya.

“Tapi saya semangat kenegerian, KXP dah habiskan banyak sumber dan projek ini akan angkat negeri Kedah ke mercu pembangunan lebih baik pada masa depan.

“Ia mampu anjak sumber kekayaan dari pantai barat masuk ke tengah untuk ‘spill over’ ke timur. Itu falsafah sangat baik sebab itu saya setuju.

“Saya akan berjuang sampai jadi KXP ni,” tegas ADUN Jeneri itu lagi sambil mendakwa halangan projek berkenaan hanya kerana alasan politik.

Sanusi juga memaklumkan beliau tidak pernah melantik Konglomerat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk terlibat dalam projek pembinaan KXP seperti diberitahu Anwar.

“Depa tak sokong KXP kerana politik bukan kerana projek itu tak bagus, dulu kenapa perjuangkan projek tu 2013?

“Perdana Menteri salah, cakap syed mokhtar tak mau buat. Bila orang lantik Syed Mokhtar? Ini projek kerajaan kenapa tak beritahu Perdana Menteri? Bila saya lantik Syed Mokhtar? soal beliau.

Pada 30 Jun lalu, Anwar menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan termasuk dalam isu pembinaan Lapangan KXP.

Anwar berkata cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan yang tertentu.

“Perlu tanya TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia), boleh lepas atau tidak zon penerbangan … ada yang kata Tan Sri Syed Mokhtar (Albukhary) akan bayar (projek pembinaan KXP) dan saya tanya dia kalau nak buat kenapa tak beritahu saya. Syed Mokhtar jawab kepada saya, abang, saya tiada cadangan nak buat lapangan terbang, ada banyak kerja dah.

“Lapangan terbang ini bukan boleh bagi senang-senang nak buat… ia sentuh soal keselamatan negara, kalau nak jadi pemimpin kena reti sikit, kena ngaji lebih daripada orang lain,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat