PAS Berpolitik Melangkaui Dunia – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS berpolitik dan berdakwah melangkaui dunia bukannya parti tunggang agama seperti didakwa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa PAS mentarbiah untuk persediaan ummah mendepani soalan-soalan yang akan ditanya di Padang Mahsyar.

“PAS parti tarbiah, mendidik orang tentang politik Islam…maksudnya bila mati semua habis la (hal duniawi) kita nak bawa selepas mati, Mahsyar. PAS pergi jauh.

“Nak judge PAS daripada politik kontemporari, PAS keluar daripada itu, melangkui hidup di dunia.

“PAS bawa orang untuk bagaimana jawab soalan dalam kubur, Mahsyar semua dalam tindakan politik semua akan ditanya. Urus kehidupan umat manusia dunia akhirat, itu politik PAS,” katanya ketika menjadi tetamu undangan khas podcast Keluar Sekejap malam ini.

Ditanya berkenaan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, Sanusi mendakwa itu hanyalah cakap menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Itu menjelang pilihan raya boss , ala takkan tak faham orang politik dua-dua ni,” kata Sanusi kepada Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Khairy dan Shahril bertanya kepada Sanusi kenapa PN tidak mainkan isu Ringgit, Bursa Malaysia corot dan tiada hala tuju ekonomi, kenapa pilih untuk tunggang agama?

Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun menegaskan bahawa PAS dan Bersatu adalah parti Melayu dan Islam.

“Bersatu, PAS ni Melayu tak cakap tentang Melayu nak cakap apa?

“Jadi parti-parti politik berasaskan pun lakukan perkara sama, PAS ini Melayu- Islam, ini asas kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat