JAIPk Sahkan Tahan Seorang Anggota Polis Mabuk Di Pusat Hiburan

- Advertisement -

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan menahan seorang anggota polis yang berada di bawah pengaruh alkohol di sebuah pusat hiburan di Taman Bercham Jaya di sini, Sabtu lalu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, lelaki beragama Islam berusia 33 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 9 malam.

Katanya, siasatan terhadap penjawat awam itu dijalankan mengikut Seksyen 59 Enakmen Jenayah Perak 1992.

“Lelaki terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan minuman yang memabukkan. Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, enam anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak ditahan ketika berkaraoke di sebuah premis di Bercham, Sabtu lalu.

Penahanan kesemua anggota terbabit bersama seorang wanita Indonesia itu dilakukan pada pukul 11.30 malam.

Difahamkan, seorang daripada anggota tersebut positif alkohol manakala sepeket serbuk putih disyaki ketamine ditemukan ketika pemeriksaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua anggota polis itu mendapati seorang daripada mereka positif ganja. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat