Lelaki Maut Gantung Diri Pada Kipas Siling – Polis

- Advertisement -

KLUANG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada kipas siling di sebuah rumah di Taman Sri Paya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.15 pagi.

“Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dimaklumkan mengenai kejadian gantung diri di lokasi tersebut.

“Siasatan mendapati si mati merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan tergantung pada kipas siling di biliknya.

“Waris kemudian menghubungi pihak Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk bantuan dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat