Gudang Shopee Di Shah Alam Ditutup Sementara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Gudang Shopee di Shah Alam, Selangor, akan ditutup sementara bagi membolehkan penggiat e-dagang itu melaksanakan langkah prosedur operasi standard (SOP) tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam kenyataannya hari ini, Shopee berkata pihak KKM telah mencadangkan supaya langkah berkenaan dijalankan di gudang berkenaan semalam berikutan lokasi Shah Alam dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini tiada kaitan dengan dakwaan berlakunya kes jangkitan COVID-19 dan pemeriksaan tersebut adalah berbeza daripada yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Julai lepas.

“Panduan yang diberikan itu amat membantu dan gudang kami akan ditutup sementara bagi melaksanakan SOP tambahan berkenaan dengan seberapa segera,” katanya.

Shopee berkata platform e-dagang itu masih beroperasi seperti biasa manakala usaha penghantaran oleh Shopee Express dan rakan penghantar lain juga tidak terjejas.

“Beberapa kelewatan mungkin berlaku dan ini hanya melibatkan penghantaran menerusi gudang kami yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan.

“Mana-mana pembeli yang terjejas akan menerima makluman menerusi ruang notifikasi dalam akaun Shopee masing-masing,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat