102 Petugas Media Di Perak Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Hari Ini

- Advertisement -

IPOH – Seramai 102 petugas media di Perak telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 hari ini.

Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Sayed Mohd. Hesham Sayed Idris berkata, mereka yang terlibat menerima suntikan Pfizer-Biontech di tujuh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri dengan PPV di Stadium Indera Mulia di sini mengumpulkan petugas media paling ramai iaitu sekitar 60 orang.

Katanya, jumlah tersebut bersamaan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan petugas media di Perak.

“Sebahagian besar petugas media telah menerima suntikan dos pertama hari ini iaitu terdiri dalam kalangan wartawan, jurufoto dan jurukamera pelbagai agensi.

“Baki 20 peratus lagi dijadualkan menerima suntikan vaksin pada minggu hadapan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sayed Mohd. Hesham berkata, pihaknya melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad serta Jabatan Kesihatan negeri yang telah membantu mempercepatkan proses imunisasi kepada petugas media di Perak.

Katanya, penghargaan juga diberikan kepada Jabatan Penerangan negeri yang turut sama membantu memastikan proses pemberian vaksin kepada kalangan media berjalan lancar.

“Proses imunisasi kepada petugas media ini merupakan keperluan penting yang turut membantu pembentukan imuniti kelompok terutama dalam industri media itu sendiri yang memerlukan mereka bertemu rakan setugas dan orang ramai.

“Diharap, pemberian vaksin ini dapat memberi lebih keyakinan kepada mereka untuk bertugas selepas ini,” katanya.

Tambahnya, semua petugas media juga diharap dapat terus mengekalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas di lapangan selari dengan saranan Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming dalam sidang akhbarnya semalam memberitahu, seramai 123 petugas media di negeri ini yang berada dalam senarainya akan menerima notifikasi janji temu untuk suntikan vaksin Covid-19. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat