SSM Kecualikan Kompaun Lewat Perbaharui Daftar Perniagaan

- Advertisement -

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengecualikan kompaun ke atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan yang tamat tempoh pada 17 Mac hingga 30 Jun ini bagi meringankan beban kewangan pemilik perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut SSM, pengecualian kompaun itu akan memberi manfaat kepada 270,000 pemilik perniagaan yang memiliki perniagaan yang tamat tempoh semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seksyen 12 (1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa adalah satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut SSM dalam kenyataan, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel ke [email protected].

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat