Mungkin lepas Jho Low kembali, Najib akan diampunkan – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, yang didakwa mendalangi dan melarikan wang AS$4.5 bilion dari dana syarikat pelaburan strategik negara 1MDB ia mungkin merealisasikan hasrat pengampunan Diraja ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, lontaran idea beliau ini menjadi spekulasi modal perbincangan yang berpotensi menjadi kenyataan.

“Kadang-kadang saya agak nakal saya nak lontarkan idea atau spekulasi yang menjadi bahan perbincangan, jika Jho Low dapat dipulangkan ke Malaysia dan jika Jho Low dituduh di mahkamah atas kesalahan-kesalahan yang berkait dengan 1MDB adakah itu akan ‘soften the ground’ ataupun adakah itu akan digunakan sebagai antara hujah untuk menyokong supaya Bossku (Najib) mendapat pengampunan?

“Sebab kalau kita tolak ketepi SRC, ada dua kes besar iaitu SRC dan 1MDB, sekarang ini Bossku telah didapati salah untuk SRC tapi 1MDB masih lagi berlangsung tetapi ia berkaitlah walaupun bukan kes yang sama tapi ia berkait.

“Untuk 1MDB selama ini hujah daripada peguam Bossku dan juga Bossku adalah bahawa beliau telah pun ditipu oleh Jho Low. Kononnya dia tak tahu apa yang telah pun berlaku.

“… dan adakah jika Jho Low dipulangkan itu akan memberikan satu isyarat bahawa kita boleh pertimbangkan pengampunan Datuk Seri Najib Razak? soal Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Khamis.

Pun begitu, Khairy mengakui sepanjang perbicaraan kes Najib di mahkamah beliau mendapati hujah bekas Perdana Menteri itu bermasalah.

“Selama ini saya juga berpandangan hujah Najib agak bermasalah sebab dia ada dua pilihan sahaja sama ada dia mengaku yang dia tahu tentang apa yang berlaku atau pun dia menggunakan hujah bela diri yang dia guna sekarang iaitu dia tak tahu dan dia ditipu oleh Jho Low yang memaparkan dia bodoh sejujurnya.

“Macam mana kamu tak tahu? Kamu Perdana Menteri,” bidas Khairy.

Sementara itu, beliau juga membangkitkan persoalan adakah sekiranya Anwar berjaya mengekstradisi Jho Low akan memberikan bonus berganda kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan juga Kerajaan Perpaduan.

Menurut Shahril Hamdan, ia jika Anwar berjaya dalam misi membawa pulang Jho Low menghadapi proses perundangan di Malaysia ia akan membawa keuntungan kepada kerajaan sedia ada dan khususnya kepada Perdana Menteri.

Pun begitu bekas Ketua Penerangan Umno itu juga mengemukakan kemungkinan lain yang mungkin akan berlaku selepas Jho Low kembali.

“Bila bawa balik Jho Low mungkin akan lebih jelas bukti dan penghujahan dan mungkin ada kumpulan lain misalnya pro Najib berkata kita perlu bersedia bila Jho Low balik nanti dia akan cakap ini semua salah Najib bukan salah dia,” katanya.

Kini Malaysia sedang berbincang dengan beberapa negara untuk mempercepatkan proses ekstradisi ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.

Anwar bagaimanapun berkata, kerajaan kurang pasti jika Jho Low yang nama sebenarnya Low Taek Jho yang menjadi subjek buruan antarabangsa sedang bersembunyi di China atau tidak.

Minggu lalu, Malaysia telah berjaya membawa pulang seorang individu yang merupakan rakan sekutu Jho Low yang turut menerima sejumlah wang dari dana yang dicuri daripada 1MDB.

“Kita tidak pernah mengesahkan Jho Low berada di negara mana, tetapi kerajaan sedang berunding dengan beberapa negara bagi mempercepatkan proses mendapatkan estradisi.

“Apa yang pasti, proses membawa pulang Jho Low adalah rumit kerana ia membabitkan negara lain serta perkhidmatan risikan, Interpol dan sebagainya,” kata Anwar.

Beliau berkata, Malaysia telah mengadakan rundingan diplomatik dengan beberapa negara dan turut mendapat kerjasama dari negara-negara berkenaan dalam usaha Putrajaya mengekstradisi Jho Low.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat