Adakah Umno masih mampu galas peranan satukan Melayu dan Islam? – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan persoalan setelah 77 tahun Umno ditubuhkan, adakah Umno yang menjadi pengasas dan tunggak menyatukan umat Melayu dan Islam masih mampu menggalas peranan itu.

Katanya, hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat segenap generasi Umno iaitu Hari Ulang Tahun Umno ke-77.

“77 tahun lalu Umno ditubuhkan bagi menyatupadukan umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dengan menggabungkan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bergerak secara bersendirian di setiap negeri.

“Sebelum penubuhan Umno, bangsa Melayu lemah kerana berpecah dan tidak bersatu. Mereka senang dipecah perintah oleh penjajah Inggeris,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ismail Sabri berkata, dengan penyatuan Melayu di bawah Umno, bangsa Melayu menjadi kuat sehingga mampu membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu, membawa pembentukan Malaysia membangunkan negara, memajukan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.

“Namun agenda untuk melemahkan bangsa Melayu dengan konsep pecah perintah tidak pernah pudar.

“Kini setelah 77 tahun Umno ditubuhkan, apakah Umno yang menjadi pengasas dan tunggak menyatukan umat Melayu dan Islam masih mampu digalas oleh Umno? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat