Elit Tak Tahu Hal Bendang, Nelayan – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mempertahankan keputusan melantik lima pemimpin politik sebagai pengerusi baru badan berkanun di bawah kementeriannya.

Mohamad berkata keputusan itu dibuat selepas melihat reputasi dan pembabitan mereka dalam masyarakat.

“Pengerusi hanya mempengerusikan mesyuarat dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) misalnya, banyak pakar di bawahnya.

“Penglibatan mereka (pengerusi) dalam masyarakat yang utama, kita tak boleh pilih orang yang berbentuk elit kerana mereka kena ambil tahu hal di bendang, hal nelayan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Lima lantikan politik berkenaan membabitkan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Dr Azman Ismail sebagai pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Sheikh Umar Bahharib Ali sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Mahfuz, Faiz dan Aminuddin merupakan ahli politik daripada Amanah, Azman Ismail dari PKR, manakala Sheikh Umar adalah daripada DAP.

Mohamad yang juga Presiden Amanah, dipetik sebagai berkata pelantikan itu dibuat bukan atas kapasiti politik tetapi selepas mengadakan perbincangan dengan kepimpinan tertinggi.

Mohamad menjelaskan, tidak timbul isu lantikan dibuat sebagai ganjaran atau imbuhan buat mereka walaupun ada antaranya tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bersih mengkritik lima pelantikan itu yang disifatkan sebagai salah guna amanah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat