UMNO Akan Kembali Bangkit Walaupun Ditekan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin UMNO kembali bangkit semula untuk mentadbir negara walaupun kini menerima tekanan dari dalam dan luar.

Presiden UMNO itu berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada rekod mentadbir negara sebelum ini, usaha berterusan untuk meremajakan parti itu, melahirkan pemimpin pelapis berkaliber dan petunjuk semasa yang parti itu masih menerima sokongan masyarakat.

“Masa akan kembali menyebelahi kepada UMNO. Masyarakat ingin kembali menyokong UMNO. Sebagai parti tertua yang mentadbir negara selama 63 tahun, rekod kecemerlangan UMNO mengemudi negara tidak dapat dinafikan lagi, sehingga rakyat percaya kestabilan hanya dapat dinikmati dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“UMNO adalah parti paling dipercayai. Manifesto tidak pernah dimungkiri, semua janji ditepati, rakyat didahulukan, kebajikan diutamakan, ekonomi dibangunkan.

“Itulah perjuangan UMNO yang menjadikan ia mandiri selama 75 tahun. UMNO dan rakyat berpisah tiada,” kata Ahmad Zahid dalam ucapan di akaun Facebooknya sempena sambutan Hari UMNO Ke-75 hari ini.

UMNO gagal memerintah buat pertama kali dalam sejarah negara apabila Barisan Nasional (BN) tidak memperoleh majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Ketika ini, walaupun UMNO berada dalam kerajaan, parti itu menetapkan sokongan diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) adalah sehingga PRU-15.

Ahmad Zahid turut berkata, UMNO juga sentiasa mempunyai pemimpin yang berkaliber, berwawasan dan berbakat besar dalam memimpin negara.

“UMNO sentiasa memperkasakan pemimpin pelapis untuk menyambung wadah kepemimpinan. Mereka benar-benar teruji, bermoral dan berkemampuan untuk memimpin negara suatu hari nanti,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengucapkan Selamat Hari UMNO Ke-75 kepada semua ahli parti itu di peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian yang disifatkan beliau setia kepada perjuangan parti.

“Tidak dilupakan pendiri bangsa, tokoh UMNO yang sudah pergi meninggalkan kita, terlalu besar jasa dan pengorbanan mereka sehingga UMNO masih bertahan pada hari ini walaupun diuji,” katanya. – BH

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...

EU Tidak Bolot Vaksin, Lebih 5 Juta Dos Vaksin Disumbangkan Kepada Malaysia – Michalis Rokas

PUTRAJAYA – Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin. Dutanya ke...

Polis Rakam Kenyataan Peguam Berkaitan Isu Keputusan Mahkamah Boleh Diatur

SEPANG - Polis telah merakam kenyataan tiga individu susulan satu laporan polis, setelah seorang peguam dikatakan mendakwa keputusan mahkamah boleh diatur. Ketua Polis Daerah Sepang,...