Tatacara SOP Solat Jumaat Semasa PKPB Dijangka Diketahui Minggu Ini

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

12 Kematian, 3,170 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Khamis, dengan kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor...

Hantar Surat Bukan Tindakan Ingkar, Hanya Minta Dikaji Semula – Ahmad Jazlan

CYBERJAYA - Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaakub menyifatkan tindakan Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat...

TANAH MERAH – Keputusan berhubung tatacara atau prosedur operasi standard (SOP) mengenai solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka diperoleh minggu ini sebelum ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, perbincangan mengenai solat di masjid sudah dilakukan Jumaat lalu menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Peringkat Pusat belum lagi masuk Kabinet, kita telah buat satu kesimpulan pada Jumaat lalu hasil dari muzakarah tersebut. Kita masih menunggu keputusan daripada Kabinet untuk dibawa kepada Majlis Raja-Raja, dan itu barangkali di bawah kerangka bidang kuasa Sultan Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail).

“Kemungkinan dalam minggu ini saya jangkakan akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri tetapi kita sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 6 Jun ini,” katanya selepas hadir program Musa’adah COVID-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Kampung Bukit Tebu, di sini, hari ini.

Jelasnya, muzakarah berkenaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dalam situasi semasa, dimana terdapat pendekatan tertentu boleh dilakukan.

SOP terbabit akan dibentangkan dalam mesyuarat jemaah Kabinet terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Media sebelum ini melaporkan, Perlis memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai permulaan bagi membolehkan ‘syiar Jumaat’ dihidupkan kembali di negeri itu.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) ketika mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan berkata, ia dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan hanya membenarkan solat Jumaat dilakukan oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dengan jumlah tidak melebihi 12 orang.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu Perutusan Khas berkata, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi SOP untuk kebenaran bersolat jemaah di masjid dan surau.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...