Ketua Pemuda Umno sebelum ini tak pernah lalui apa yang saya lalui- Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Dr Akmal Saleh mengakui amanah yang dipikul beliau sebagai Ketua Pemuda Umno adalah dalam keadaan yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana Ketua Pemuda Umno sebelum ini.

Beliau malah berkata, perjuangan yang dilaluinya tidak mudah namun masih setia bersama Umno.

“Hari ini, genap setahun saya menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.

“Jujur, tidak pernah terlintas pun di sanubari dan nurani, bahwa saya akan memegang jawatan yang cukup besar ini.

“Ini amanah yang cukup berat. Amanah yang saya pikul dalam keadaan yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana Ketua Pemuda Umno sebelum ini.

“Hakikatnya, perjuangan ini bukan mudah. Ini jalan yang saya pilih, bersama rakan-rakan kepimpinan Pemuda yang lain. Kami setia di sini, kami akan terus kekal berdiri di sini,” catat beliau di Facebook.

Meski tidak memperincikan, umum maklum keadaan yang tidak pernah dilalui itu merujuk kepada keputusan Umno menyertai Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurut Dr Akmal, sepanjang 365 hari adalah jalan yang diteroka bersama.

“Sebuah permulaan untuk ribuan hari lagi ke depan.

“Sejujurnya apa jua hari yang mendatang, saya kekal bersama jentera Pemuda membela nasib dan bangsa tanpa rasa gentar.

“Sumpah dan janji, saya akan abdikan seluruh jiwa dan raga saya untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air ini,” ikrar beliau.

Tegasnya, jika hanya mahu berbangga atas jawatan yang disandang, maka pemuda Umno bukan medannya.

“Pemuda berdiri hari ini kerana kami Pemuda. Lahir dari semangat perjuangan Umno yang tulen dan asli.

“Tidak sekali kami terbeli dan terbelit dengan apa jua helah politik. Prinsip kami jelas, menentang pada yang batil dan sentiasa teguh pada yang hak.

“Perjuangan mempertahankan agama bangsa dan negara ini akan saya teruskan walaupun hanya saya tinggal berseorangan,” katanya.

Beliau bahkan tegas berkata, “lebih baik mati berdiri, daripada hidup melutut”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat