Dakwaan 30 mangsa serangan buaya di Pantai Forest City disahkan palsu

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Pemaju hartanah antarabangsa, Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. menafikan dakwaan seorang blogger yang memuat naik kenyataan mengelirukan dan palsu berkaitan kes serangan buaya di Pantai Forest City, Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Country Garden dalam kenyataan di sini memberitahu, tindakan individu terbabit telah memberi persepsi negatif kepada orang ramai selain menjejaskan reputasi dan operasi perniagaan syarikat.

Menurutnya, sepanjang lapan tahun beroperasi, tidak pernah ada sebarang insiden yang dilaporkan berkaitan dengan kecederaan atau kematian di Forest City berkaitan serangan reptilia itu.

“Baru-baru ini, syarikat itu mengesan bahawa seorang blogger telah memuat naik dakwaan mengelirukan dan palsu di pelbagai platform media sosial termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Instagram, Tiktok, Douyin, dan Xiaohongshu.

“Individu terbabit mendakwa bahawa buaya membunuh 20 hingga 30 orang setiap tahun di Pantai Forest City.

“Syarikat dengan ini mengisytiharkan dakwaan siaran media sosial itu adalah tidak berasas sama sekali, mengelirukan dengan niat jahat,” katanya.

Susulan itu, wakil syarikat itu telah membuat laporan polis dan perkara itu kini dalam siasatan polis.

Ujar kenyataan itu lagi, syarikat berhak dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Syarikat menggesa semua pengguna media sosial dan pencipta kandungan untuk menyemak semula sumber maklumat mereka serta berhati-hati semasa membuat kandungan mereka.

“Seseorang tidak seharusnya menyebarkan kandungan jahat sekiranya mereka tidak mahu menghadapi kesan buruk,”katanya. – osmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat