Bekas MPT Bersatu Muhammad Faiz sertai PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman hari ini secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mengumumkan perkara itu menerusi Facebook selepas hadir pada majlis doa selamat dan sesi penerangan isu-isu semasa di kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad.

“Alhamdulillah terima kasih Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atas jemputan ke Majlis Doa Selamat dan sesi Penerangan isu-isu semasa di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

“Dengan pengumuman terbuka oleh Datuk MB dalam majlis ini maka saya dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil yang juga mantan Ketua Armada Selangor saudara Adhif Syan telah diterima sebagai ahli PKR yang baharu. Syukur. Setelah saya tidak berparti lebih dari 6 bulan,” katanya.

Menurut Muhammad Faiz, keputusan tersebut merupakan langkahnya untuk bersama rakan-rakan seperjuangan yang berjiwa marhaenis, nasionalis moderat dan pro integriti sepertimana roh asal rerformasi ketika ia mula bergema di negara kita kira-kira 26 tahun yang lalu.

“Saya bertekad akan memperkasakan perjuangan asal PKR, matlamat cakna rakyat kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Amirudin serta agenda nasional Malaysia Madani di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tegas mempertahankan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, Muhammad Faiz mengumumkan peletakkan jawatan seterusnya berhenti sebagai ahli Bersatu.

Menurutnya, keputusan itu diambil kerana pemilihan calon oleh parti bersifat ‘berat sebelah’ kepada ‘kartel’ tertentu dan muka baharu dijadikan sebagai ahli semata-mata untuk dipertandingkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat