Diskaun 50% Bayaran Sewa Kepada Penyewa Tanah Persekutuan Dan Penyewa Di Bangunan Persekutuan Dilanjutkan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersetuju untuk memberi lanjutan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50% bayaran sewa kepada penyewa Tanah Persekutuan dan penyewa di Bangunan Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah berkata, ianya bagi menyokong kelangsungan perniagaan seperti yang terkandung Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.

“Pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan dan diskaun 50% bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada 259 penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020; dan

“Pemberian diskaun 50% bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa, jelasnya.

Disamping itu, bagi urusan penyewaan ruang dan premis di bangunan Kerajaan Persekutuan pula, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan Pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020 dan Pemberian diskaun 50% bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa, katanya.

“Kementerian dan Agensi di mana penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain yang beroperasi hendaklah merujuk dengan pihak Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) masing-masing bagi pelaksanaan keputusan ini.

“Inisiatif pengecualian dan diskaun bayaran sewa ini diberikan adalah untuk membantu penyewa Tanah dan Premis Kerajaan Persekutuan agar dapat menyusun semula strategi perniagaan seterusnya meningkatkan keupayaan dan kestabilan perniagaan mereka,” tegasnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat