1,647 Kes Baru Covid-19, Sembilan Kematian Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,647 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu, lima kes import dikesan mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara sebanyak 319,364 kes.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 712 kes diikuti Johor (170) dan Pulau Pinang (169) kes.

“Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 17,544 kes.

“Daripada jumlah kes aktif itu, terdapat 147 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 61 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat sembilan kes kematian dilaporkan membabitkan warganegara hari ini.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,200 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 2,104 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 300,620 kes. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat