Jika Azam Baki langgar pekeliling adakah jawatan KP SPRM masih boleh dipertahan? – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP Lim Guan Eng menegaskan, sekiranya Tan Sri Azam Baki telah melanggar Pekeliling Pengurusan Tatatertib dan Kelakuan Pegawai Awam 2024 yang melarang penjawat awam daripada membeli saham melebihi 5 peratus daripada modal berbayar atau bernilai melebihi RM100,000 pada nilai semasa.

Maka katanya, kerajaan mesti menjelaskan apakah tindakan tatatertib yang telah diambil dan sama ada satu siasatan khas perlu dijalankan, serta sama ada kedudukan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) masih boleh dipertahankan.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata kepada New Straits Times bahawa beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap laporan media yang mempersoalkan pembelian dan pemilikan saham beliau yang didakwa bernilai lebih daripada RM100,000, dengan menyifatkan laporan tersebut sebagai berniat jahat, mengelirukan dan bersifat fitnah.

“Ini adalah hak undang-undang Azam Baki untuk mengambil tindakan peribadi berhubung transaksi saham beliau tahun lalu, di mana beliau memiliki 17.7 juta saham (1.7 peratus) dalam Velocity Capital Partner Berhad.

“Walau bagaimanapun, demi kepentingan awam, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu menangani perkara ini dengan serius dengan menyatakan secara terbuka dan rasmi untuk rekod, sama ada Azam Baki telah melanggar Pekeliling Pengurusan Tatatertib dan Kelakuan Pegawai Awam 2024 yang melarang penjawat awam daripada membeli saham melebihi 5 peratus daripada modal berbayar atau bernilai melebihi RM100,000 pada nilai semasa.

“Sekiranya Azam Baki tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam ini, maka beliau berhak untuk menggunakan hak peribadinya bagi mendapatkan pembelaan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.

Namun menurut Guan Eng, sekiranya Azam Baki telah melanggar pekeliling tersebut, maka kerajaan mesti menjelaskan apakah tindakan tatatertib yang telah diambil dan sama ada satu siasatan khas perlu dijalankan, serta sama ada kedudukan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM masih boleh dipertahankan.

“Prinsip integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan mesti dipelihara, lebih-lebih lagi bagi seorang pegawai yang menerajui jawatan yang begitu kritikal dan penting seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat