Bersatu terbuka jika pimpinan, ahli ‘angkat kaki’ kembali ke dakapan Umno, PKR semula – Razali

KUALA LUMPUR – Bersatu tidak menghalang ahli mahupun pimpinan untuk meninggalkan parti Bersatu di tengah bahang konflik yang memanas mutakhir ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Razali Idris dalam kenyataan, menyatakan beliau terbuka menerima keputusan sekiranya ada di kalangan pemimpin dan ahli Bersatu untuk ‘angkat kaki’ kembali ke parti asal masing-masing, yakni sama ada Umno ataupun PKR.

“Saya tiada halangan kiranya Muhajirin nak patah balik Umno.

“Insya-Allah Bersatu jalan terus, ” kata Ketua Bersatu Terengganu itu.

Muhajirin dalam konteks yang dimaksudkan Razali merujuk kepada muhajir juga digunakan untuk merujuk kepada pelarian atau imigran yang mencari perlindungan.

Tambah Razali lagi, beliau juga bahkan tidak melarang jika politikus Bersatu patah balik kepada PKR.

“Saya tiada halangan kiranya mualaf nak patah balik PKR.

“Insya-Allah Bersatu jalan terus,” ulang beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat