Bank Rakyat tawar ganjaran RM10.8 juta, bakal umum empat orang jutawan baharu Rizq Plus

KUALA LUMPUR, — Bank Rakyat mengumumkan struktur hadiah dan ganjaran baharu bagi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus untuk tahun 2026 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10.8 juta, sekali gus bakal melahirkan empat jutawan baharu sepanjang kempen tahun ini.

Sebagai pembuka tirai cabutan 2026, Bank Rakyat turut mengumumkan pemenang Kategori Cabutan Jutawan Utama iaitu Normila Hussain dari Shah Alam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

Selain hadiah utama tersebut, beberapa pelanggan lain turut memenangi hadiah emas berjumlah keseluruhan 900 gram. Qamarul Nazrin Harun dari Nilai memenangi emas seberat 500 gram, manakala Nasrul Anuar Ahmad dari Kangar, Mohamad Faiz Osman dari Bukit Mertajam serta Frizailah Azmi dan Afifah Shardar Ahmad dari Lembah Klang masing-masing memenangi emas seberat 100 gram.

Turut menerima ganjaran ialah Siti Azimah Awang dari Beaufort, Siti Nor Adzila Ayob dari Bahau dan Nur Diana Kamis dari Jasin yang memenangi Pendapatan Dividen Anuiti selama lima tahun.

Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berkata pengenalan struktur ganjaran baharu itu mencerminkan komitmen berterusan Bank untuk memupuk amalan menyimpan dan melabur secara konsisten dalam kalangan masyarakat.

“Melalui Rizq Plus, kami bukan sahaja menawarkan peluang pelaburan patuh Syariah, malah menyediakan ganjaran bermakna kepada pelanggan. Dengan jumlah hadiah RM10.8 juta, lebih ramai pelanggan berpeluang menjadi jutawan tanpa mengira latar belakang atau jumlah pelaburan,” katanya.

Beliau menambah pelanggan hanya perlu membuka akaun dengan pelaburan minimum RM100 untuk menikmati peluang memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan, dengan lebih 10,000 pemenang dijangka menerima ganjaran sepanjang kempen berlangsung.

Rizq Plus 2026 menampilkan 15 kategori cabutan bertuah sepanjang tahun termasuk kategori Jutawan Utama. Bank Rakyat turut memperkenalkan kategori baharu seperti Xclusive Platinum, Rizq 50+, Wanita, Belia, Anggota Bank Rakyat dan Pelabur Baharu bagi memastikan peluang kemenangan lebih inklusif.

Selain itu, Cabutan Mingguan Bonanza dan Cabutan Mingguan Belia diperkenalkan bagi meningkatkan keterlibatan pelanggan serta menarik lebih ramai masyarakat membuka akaun pelaburan tersebut.

Bank turut mengekalkan cabutan popular seperti Cabutan Bulanan, Cabutan Negeri dan Cabutan Ulang Tahun Bank Rakyat bagi memperluas peluang kemenangan kepada pelanggan di seluruh negara.

Sehingga Disember 2025, Rizq Plus merekodkan lebih 203,000 akaun dengan nilai pelaburan melebihi RM939 juta. Bagi tahun 2026, Bank Rakyat menyasarkan nilai pelaburan mencecah RM2.5 bilion selaras dengan strategi pertumbuhan mampan bank itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat