Akhirnya Gerakan diterima PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kini Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) telah diterima dan menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu surat rasmi bertarikh 29 Januari 2021 memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi PN telah bersetuju menerima masuk Gerakan sebagai parti anggota PN berlandaskan dengan Fasal 6.2 Perlembagaan Parti.

Pada September 2020 Gerakan menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri untuk menjadi salah satu parti gabungan dalam PN.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan untuk menyertai PN itu telah dipersetujui Jawatankuasa Pusat Gerakan dan parti itu kini hanya menanti jawapan daripada Perdana Menteri ataupun pihak PN mengenai perkara tersebut.

Sehubungan itu Muhyiddin berkata, parti anggota PN hendaklah mematuhi syarat-syarat kemasukan sebagai parti anggota sebagaimana yang dikendaki perlembagaan PN.

“Semoga kemasukan Gerakan sebagai parti anggota PN akan memantapkan lagi PN dan dapat menyumbang kepada pengukuhan kaum serta akan sentiasa bertindak mengutamakan parti PN,” beritahu beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat