Akaun rahsia UMNO, Najib suruh tanya Tun M, Daim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya UMNO memiliki akaun rahsia yang ditubuhkan sejak 1988, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kes itu diajukan kepada Presiden dan Bendahari UMNO pada era tersebut.

Najib berkata, berita semalam sebenarnya merujuk kepada akaun bank tahun 1988 masa UMNO baru ditubuhkan semasa aset-aset UMNO lama yang sengaja diharamkan dipindah ke UMNO baru.

“Jadi, orang yang paling sesuai menjawab isu ini adalah presiden serta bendahari UMNO masa itu.
“Korang kenal siapa mereka? Soal beliau.

Umum maklum pada 1988, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO bermula 28 Jun 1981 hingga 31 Okt 2003.

Manakala Tun Daim Zainuddin mpernah memegang jawatan Bendahari Agung UMNO antara tahun 1984 hingga 1999. dan juga Bendahari Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, semalam, Tun M kata pengharaman UMNO lama semasa beliau presiden pada tahun 1988 adalah bukti paling kukuh bahawa beliau tak pernah campur tangan dalam urusan perundangan.

“Sebaliknya, penerima manfaat terbesar dari pengharaman UMNO lama adalah Tun M juga.

“Haram UMNO lama yang ada masalah penipuan pemilihan diharamkan, UMNO baru didaftarkan serta-merta tanpa lawannya untuk ganti. Apa masalah?

“Ramai yang percaya bahawa UMNO lama sengaja diharamkan supaya dia boleh kekal sebagai presiden/PM dan musuh-musuh dia masa itu dapat disingkirkan.

“Sebab itu, Tun M ‘triggered’ semalam apabila saya bangkitkan semula isu ini sehingga dia terpaksa fitnah saya,” bidas Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat