“Saya bukan nak tekan bekas pemimpin, jika tak salah tak perlu bimbang” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kerajaan tidak menyasarkan mana-mana bekas pemimpin, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan siasatan berkaitan rasuah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, SPRM hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membanteras rasuah tanpa mengira status dan kedudukan.

“Itu urusan SPRM, tetapi saya tidak mahu orang anggap ini (rasuah) perkara yang kecil. Kes baharu atau lama, semua disiasat.

“Jika tak salah, tak perlu bimbang kerana siasatan akan dibuat teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh.

“Namun janganlah sesetengah orang menganggap (tindakan SPRM) sasar orang tertentu dan sebagainya kerana ia akan beri gambaran seolah-olah ada orang atau jerung-jerung besar terlepas.

“Saya tidak mahu (dianggap) memerangi rasuah dengan menekan (bekas pemimpin) di bawah,” katanya, lapor BH di Iskandar Puteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama petugas dan kakitangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat