“Dah setahun tunggu usul tak percaya, tak ada pun” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pembangkang dicabar untuk membawa usul tidak percaya di Parlimen jika mahu menumbangkan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

“Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya), dah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.

“Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini (Akuan Bersumpah bagi menumbangkan kerajaan) selain propaganda untuk menipu penyokong supaya tak hilang semangat.

“Saya berbeza pendapat, kalau tak boleh bawa perubahan, patutnya bekerjalah untuk rakyat. Rakyat akan buat pilihan akhirnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), lapor BH di Iskandar Puteri pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat